Mencari Perkhidmatan Keselamatan Siber?
Pakar kami sedia membantu.
Berminat untuk menilai postur keselamatan IT (Security Posture Assessment) untuk sistem IT (Network / Server / Web & Mobile Apps) ?
Ataupun ingin melatih kakitangan IT ?
Condition Zebra ialah syarikat yang diperakui CREST & ISO 27001:2013 yang menawarkan perkhidmatan keselamatan siber dan latihan untuk SMEs, Banks & Institusi Kerajaan.
Dapatkan Konsultasi Percuma Anda
Lengkapkan borang di bawah untuk menjadualkan sesi perundingan percuma untuk mengetahui tentang keperluan dan skop syarikat anda untuk Keselamatan Siber.
Tentang Condition Zebra
Pengalaman selama 15 tahun
Ditubuhkan pada 2007, Condition Zebra memiliki pengalaman selama 15 tahun dalam industri keselamatan IT bersama-sama dengan kerjasama Antarabangsa di USA – komuniti Berteknologi tinggi Utah.
Kami mempunyai pengalaman luas dalam menyediakan perkhidmatan dan latihan di dalam bidang keselamatan siber @ Cybersecurity.
Diiktiraf CREST
Kami bangga dengan Perkhidmatan Keselamatan Siber (Pentest) kami yang telah diiktiraf oleh badan Akreditasi CREST. Akreditasi CREST adalah syarat wajib oleh kebanyakan institusi kewangan dan syarikat ternama di Malaysia.
Syarikat ISO 27001:2013
Kami telah dianugerahkan sijil ISO 27001:2013. Ini memastikan perkhidmatan kami memenuhi piawaian Antarabangsa yang mendorong kami untuk mengurus integriti, kerahsiaan dan ketersediaan aset dan maklumat seperti maklumat kewangan, harta intelek, butiran pekerja atau maklumat yang diamanahkan kepada kami oleh pihak ketiga – seperti laman web dan pelanggan lain atau rakan kongsi.
Syarikat Pemenang Anugerah
Pada 2015, Condition Zebra memenangi “Cyber Security Education and Training Provider of the Year” yang dianugerahkan oleh Cybersecurity Malaysia
Keperluan untuk Ujian Keselamatan Siber
Penjenayah siber sentiasa mencari eksploitasi baru dan menggunakan pelbagai teknik manipulasi untuk mendapatkan akses ke sistem syarikat.
Oleh itu, ancaman terus berkembang. Sebaiknya setiap organisasi wajib melakukan ujian keselamatan siber (Security Posture Assessment / Pentest) sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setiap tahun, tetapi lebih kerap apabila:
- Membuat perubahan ketara pada infrastruktur syarikat
- Melancarkan produk dan perkhidmatan baru
- Menjalani penggabungan atau pengambilalihan perniagaan
- Bersedia untuk mematuhi standard keselamatan data
- Menggunakan dan / atau mengembangkan aplikasi khusus
Manfaat Ujian Keselamatan Siber
Melalui proses Pengujian Keselamatan Siber yang sistematik, kita akan dapat memberikan konteks mengenai kesan ancaman, dan kelemahan keselamatan sistem IT sebuah syarikat:
- Memperbaiki kelemahan sistem sebelum dieksploitasi oleh penjenayah siber
- Memberi jaminan kawalan keselamatan
- Meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai risiko keselamatan siber
- Menyokong pematuhan PCI DSS, ISO 27001, dan GDPR
- Menunjukkan komitmen berterusan terhadap keselamatan siber
- Memperoleh pandangan yang diperlukan untuk mengutamakan pelaburan masa depan
Dapatkan Konsultasi Percuma Anda
Misi syarikat kami adalah untuk membantu SMEs, Banks & Insitusi Kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan dan latihan di dalam bidang keselamatan siber (Cybersecurity). Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik yang menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan tertinggi, sila hubungi kami sekarang!
Ibu Pejabat Korporat:
Level 3-10, Block F, Phileo Damansara 1,
Jalan 16/11 Off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya, Selangor,
MALAYSIA.
Email: [email protected]
Whatsapp: +6012-229 3908